
Imagination of artists may emerge in various forms of imagery without any limitation to any matter whatsoever. In this case, the meaning of the drawing no longer adopts the definition of conservative and conventional, as we understood it before. Bonded by the modernist grip in spurring towards contemporary, this makes Malaysian masterpieces as how we see it nowadays. This exhibition aims to bring together a number of artworks by Malaysian artists that consists of a variety of shapes, types and mediums. Besides that, it also aims to be an attempt to make the audience understand the patterns of works by Malaysian artists in the production of artworks and thus understand the art phenomenon in Malaysia. The theme READrawing was chosen for the reason of its aptness to suit as the main theme of the exhibition. READ means MEMBACA in Bahasa Malaysia, it is a verb which means to do something or an act by human in matters pertaining to themselves to get something from a source that can be seen, felt or read. Meanwhile DRAWING in Bahasa Malaysia means LUKISAN that is an object or work of art that emerged from the results of imaging creativity of an artist. READrawing conceptually means to look again at the meaning of the painting / drawing that has been limited and restricted to the definition or general knowledge. It serves also as a discourse connotation for all of us to understand the working patterns and drawing sketches in Malaysia. This exhibition in particular would like to invite the spectators who don’t come from the art background and spectators from outside of Malaysia to come and enjoy pieces of artworks in understanding the drawings and sketches from the point of working patterns and the drawings itself that touched the phenomenon of nature, manner and form that can be found in Malaysia.This exhibition combines more than 40 Malaysian artists from different layer of generations. Among the artists involved in this exhibition are Mohd Shaharuddin Supar, Mohd Faizal Suhif, Abdul Ghani Othman, Anissa Abdul Aziz, Shamsuddin Abdul Wahab, Arif Fauzan, Samsuddin Lappo, Ahmad Zakii Anwar, Khairuddin Zainuddin, Noor Azizan Rahman Paiman, Farid Raihan, Ahmad Zuraimi Abdul Rahim, Tey Beng Tze, Suzlee Ibrahim, Fauzul Yusri, Ahmad Shukri Elias, Bakir Baharom, Mohd Syahbandi, Mohd Azhar Manan, Khairul Zikri Abdullah, Siti Hajar Abd Rahman, Shahril Nawawi, Rosli Zakaria, Mumtaz Mokhtar, Eqram Al Hafiz, Haris Abadi, Haslin Ismail and many more.To facilitate the public to understand the READrawing exhibition, the construction of this exhibition will be pided into four sub-themes:• Drawing – Texts and Documentations• Drawing – Psychomotor Practices and Idea Simulations• Drawing – Confidence in Expressions and Experimental Mediums• Drawing – 3 Dimensional and Digital Imaginasi pelukis boleh muncul di dalam pelbagai bentuk gambaran lukisan tanpa terbatas kepada apa-apa perkara sekalipun. Dalam hal ini, permaknaan lukisan tidak lagi hanya mengguna-pakai pendefinisian yang konservatif dan konvesional sepertimana yang kita fahami sebelum ini. Keterikatan pegangan modernis dalam memacu ke arah kontemporari menjadikan karya seni lukis Malaysia adalah sepertimana yang dapat kita lihat pada masa kini. Pameran ini bermatlamat untuk menghimpunkan sejumlah lukisan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bentuk, jenis dan medium. Selain itu, ia juga bertujuan sebagai sebuah cubaan untuk memahamkan khalayak kelak akan corak kerja pelukis-pelukis Malaysia di dalam penghasilan sesebuah karya lukisan dan sekaligus memahami fenomena seni lukis di Malaysia.Tema READrawing dipilih atas sebab beberapa perkara yang dirasakan sesuai untuk menjadi tema utama pameran. READ di dalam Bahasa Malaysia bermaksud MEMBACA, ia merupakan kata kerja yang bermaksud melakukan sesuatu perkara atau sesuatu perbuatan oleh manusia dalam hal-hal yang bersangkutan dengan diri untuk mendapatkan sesuatu daripada sesuatu sumber yang boleh dilihat, dirasa atau dibaca.Sementara DRAWING di dalam Bahasa Malaysia bermaksud LUKISAN, iaitu objek atau karya seni yang muncul dari hasil gambaran kreativiti seseorang pelukis. READrawing bertujuan untuk melihat semula kepada permaknaan lukisan/melukis yang selama ini terhad dan tersekat dengan takrifan atau maksud yang diketahui umum. Ia juga sebagai satu wacana yang memperluaskan pemahaman kita bersama dalam memahami corak kerja lakaran dan lukisan di Malaysia. Pameran ini secara khasnya ingin mengajak khalayak yang bukan dari latar bidang seni lukis dan khalayak luar dari Malaysia untuk hadir dan menikmati dan juga memahami lukisan dari sudut corak kerja dan bentuk lukisan, sekaligus menyentuh fenomena jenis, cara dan bentuk lukisan yang terdapat di Malaysia.Pameran ini menggabungkan lebih daripada 40 orang pelukis Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan generasi. Antara pelukis yang terlibat di dalam pameran ini adalah Mohd Shaharuddin Supar, Mohd Faizal Suhif, Abdul Ghani Othman, Anissa Abdul Aziz, Shamsuddin Abdul Wahab, Arif Fauzan, Samsuddin Lappo, Ahmad Zakii Anwar, Khairuddin Zainuddin, Noor Azizan Rahman Paiman, Farid Raihan, Ahmad Zuraimi Abdul Rahim, Tey Beng Tze, Suzlee Ibrahim, Fauzul Yusri, Ahmad Shukri Elias, Bakir Baharom, Mohd Syahbandi, Mohd Azhar Manan, Khairul Zikri Abdullah, Siti Hajar Abd Rahman, Shahril Nawawi, Rosli Zakaria, Mumtaz Mokhtar, Eqram Al Hafiz, Haris Abadi, Haslin Ismail dan ramai lagi. Bagi memudahkan khalayak untuk memahami pameran READrawing ini, pembinaan pameran ini akan terbahagi kepada empat sub tema iaitu:• Lukisan – Teks dan Dokumentasi• Lukisan – Praktik Psikomotor dan Simulasi Idea• Lukisan – Keyakinan Ekspresi dan Medium Eksperimen• Lukisan – 3 Dimensi dan Digital.