
Perspektif PameranFilem dibuat dan ditayangkan. Ia datang dan pergi. Ia mempunyai perjalanannya sendiri. Ada yang singgah agak lama di dalam ingatan kita. Ingatan pula tidak kekal. Jika dikira, hayat hidup kita pendek dan hayat filem panjang. Filem boleh berlanjut ke dalam ingatan melalui tulisan-tulisan, bahan-bahan iklan tertinggal dan juga penjelmaan melalui medium lain.Sembilan pelukis seni tampak dipelawa untuk menzahirkan karya mereka lanjutan penontonan filem Hanyut. Kunci projek kali ini adalah filem Hanyut agar dibaca dari aspek apa-apa sahaja yang terkesan oleh pengkarya-pengkarya terpilih. Ini adalah bahagian kedua dari projek Wayang U-Wei Angkat Saksi yang diadakan pada tahun 2006. Pelbagai disiplin dan bahantara dipilih; dari ilustrasi ke abstrak, dari cat air ke arca. Artis dipilih dari yang senior ke yang muda.Meninjau karya-karya yang telah siap dihasilkan, didapati kepelbagaian tangkapan artis-artis terhadap naskah filem Hanyut. Rata-rata tiada yang mengalih kefahaman mereka itu dengan hanya cara literal. Bukan sekadar menyalin semula imejan atau gambar yang terdapat pada adegan dalam filem itu. Apa yang berlaku adalah tentang pemakanan, perwatakan, perasaan hati dan nasib yang telah dibentang dan dimunculkan ke atas kanvas dan ke arca. Ini dilakukan melalui lakaran, lukisan, cetakan dan juga jahitan dan anyaman. Exhibition PerspectiveFilms are made and shown. They come and go. They have their own journey. Some stay for a long time in our memory. Memory itself is not permanent. Come to think of it, our life span is short, whereas a film has a long life. It can continue to live on in our memory through writings, advertising materials left behind and through reproductions in other mediums.Nine visual artists were invited to produce their works upon watching Hanyut. The film, which was key to the project, was to be interpreted by the impressions it made on them. This is the second part of the project Wayang U-Wei Angkat Saksi first held in 2006. Various disciplines and mediums were chosen; from illustration to abstract, from watercolour to sculpture. The artists selected ranged from senior to junior practitioners.In reviewing the works completed, there appears to be diverse interpretations of the film Hanyut. On the whole, none of the artists produced a literal take on the film. They were not simply reproducing images from scenes in the film. The resulting inspirations, rendered on canvas and in sculpture, are about nutrition, characterisation, feelings of the heart and fate. They were produced in the form of sketches, paintings, prints as well as sewing and weaving works. Senarai Seniman / Participating ArtistsAbdul Latiff Ahmad PadzaliAbu Bakar IdrisAminah Abd RahmanFai ZakariaK. Azril IsmailLong Thien ShihStephen MenonSuzlee IbrahimRaja Shahriman Raja Aziddin